Friday, August 5, 2005

Mengenang: Zainab al-Ghazali


Telah berlaku suatu peristiwa di dalam abad ini ke atas seorang wanita
Mesir yang bergerak di dalam harakah Islamiah di Mesir yang dapat dijadikan
tauladan.

Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya,
Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya
untuk bergiat di dalam harakah Islamnya. Katanya, "Hak saya untuk membuat
syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan
Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab
sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang
akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan
tindakan saya."

Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan
di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan
kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya
menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan
berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad
yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini
diterima oleh Allah S.W.T."

Apakah kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Zainab Ghazali dan
rakan-rakannya untuk harakah Islamiah?

Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar
tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula
ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari
penyiksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil
statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada
hal umurnya ketika itu 44 tahun . menunjukkan betapa beratnya seksaan
yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan "Jamaah Saidatina
Muslimah". Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang
mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.
Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau
telah berbai'ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada
penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina
Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan
menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan
panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat
menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan
semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik
oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang
meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk
membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir.
Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya
umat Islam . pakaian , tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut
dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu
sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma
ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada
peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi
pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan
rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.

Tanggungjawab umat hari ini, sangat berat iaitu membebaskan diri dari
kongkongan dan cengkaman sekularisma yang meuguasai negara mereka,
membebaskan diri mereka daripada jahiliyah yang sedang mengongkong hati
dan pemikiran mereka. Tanggungjawab ini sangat berat. Sekularisma bukan
sahaja wujud sebagai teori semata-mata bahkan ia wujud sebagai institusi yang
mengikat teguh sesamanya.

Beliau berkeyakinan bahawa Daulah Islam akan tetap ditegakkan
kembali dengan izin Allah S.W.T dengan syarat melalui satu jalan iaitu JALAN
ISLAM. Negara Islam tidak dapat ditegakkan dengan lain-lain jalan kecuali
JALAN ISLAM. Menurut beliau lagi, cara utama untuk kembali kepada JALAN
UTAMA ini ialah Revolusi Pemikiran (Thaurah Fikriyah) . satu revolusi yang
dapat mengubah pemikiran Jahiliyah kepada pemikiran Islam, berdasarkan
'aqidah Islam. Ini memerlukan Tarbiyah . pendidikan amali untuk
membentuk sikap, tindakan-tindakan dan tingkah laku serta pemikiran
Muslim dan Muslimah menjadi pemikiran Islam.

Beliau menyebutkan ini sebagai langkah awal dalam pembentukkan
Daulah Islam. Beliau fahami ini daripada Al-Quran tentang sunnah perubahan.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang maksudnya

"Sesunguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah
apa yang ada pada diri mereka."

Bahawa perubahan itu tidak akan berlaku kecuali adanya perubahan
diri itu yang difokuskan kepada jiwa dan hati manusia. Ini merupakan satu
macam ketentuan - sunnatul llah dalam mengatur perubahan sejarah. Bahawa
perubahan diri ini bermula dengan perubahan pemikiran, peribadi dan
tingkah laku diri manusia. Inilah fahaman beliau yang mendalam ten-tang
Islam. Beliau menganjurkan untuk menuju kepada Daulah Islam, hendaklah
mengadakan revolusi pemikiran perubahan yang pantas seperti sikap para
sahabat.

Beliau memetik kata-kata Syed Qutb dalam memperkatakan Jilun -
Quraanun - Fariid, satu generasi Quran Yang Unik, bila mereka memeluk
Islam, mereka sekali gus meningggalkan ciri-ciri Jahiliyah secara menyeluruh.
Perubahan atau Revolusi yang pantas dan cergas ini dila-kukan dan seluruh
pandangan mereka tentang nilai-nilai hidup dilihat mengikut neraca Islam,
bukan neraca dunia atau Jahiliyah.
Semasa beliau memimpin Jamaah Saidatina Muslimah, beliau telah
dapat membawa masuk ramai wanita-wanita Islam di Mesir dan mereka telah
dibentuk dan dididik mengikut model Tarbiyah Madrasah Rasulullah S.A.W.
Di antara mereka yang rapat hubungan dengan Zainab Al-Gahazali ialah dua
saudara Syed Qutb, Aminah Qutb dan Hamidah Qutb,; Halidah Hassan Al-
Hudaibi, Al-Hayah Sulaiman Al-Zubair, Fatiraah A!-Fath, Aminah Al-Jauhati.
Al-Waliyah Al-Hudaibi dan Al-Afdah. Mereka inilah yang beliau sitatkan
sebahagian dari mereka sebagai sebahagian anak-anaknya, sebahagian dari
mereka sebagai adik-adiknya, sebahagian dari mereka sebagai kakak-kakaknya,
dan sebahagian dari mereka sebagai ibu-ibunya. Kerana di antara mereka ada
yang berumur 85 tahun, Ummi Ahmad namanya, ia telah di tangkap oleh
rejim Jamal Nasser ketika ia berusia 85 tahun, ketika Zainab mendengar berita
itu, ia memperkatakan bahwa ini adalah pertanda baik bagi Islam. Musuh-musuh Islam telah gentar kepada wanita Islam yang telah tua lagi uzur. Ini
menunjukkan hasrat dan minat terhadap Islam terlalu tinggi. Musuh-musuh
Islam telah gentar, mereka tidak dapat membezakan antara yang bertenaga
dan tidak bertenaga, antara wanita dan lelaki, antara tua dan muda, semuanya
sama sebagai musuh mereka.

Setelah Mursyidul 'Am Hassan Al-Banna syahid dimamah peluru
durjana yang tidak mengenal insan beriman atau tidak, Zainab Al-Ghazali
terus berbai'ah kepada Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul 'Am penganti Hassan
Al-Banna. Ia terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan
pimpinan Ikhwan Muslimin. la mendengar pandangan mereka dan
mengambil pengajaran daripada mereka.

0 komentar: